Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat
Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakatdan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dannilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
Di samping itu juga,definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitubergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.Perpaduan atau µsolidarity ini juga dapat didefinisikan sebagai satu prosesyang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggotamasyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cintadan banggakan tanahair. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagaisatu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yangsepadu, kuat dan maju
FAKTOR PEMILIHAN ISU PERPADUAN
Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.
Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum.
Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat bekerjasama antara satu sama lain.
Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.'MALAYSIA memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara.
Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.
Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.
Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.
Di kebanyakkan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama telah membawa peperangan yang berlarutan sekaligus membantut pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik negara berkenaan. Negara kita telah pun mencapai kemerdekaan selama 55 tahun, namun dalam soal perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum masih tidak lagi diselesaikan sepenuhnya.Pada masa kini, hubungan yang harmoni sesama kaum dipandang ringan oleh sebahagian besar daripada kita. Menurut Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, isu sensitif antara kaum dalam soal hak, warna kulit, kepercayaan agama dan budaya sering dipertikaikan.Sebagai contoh, dalam insiden seorang pengetua sekolah menengah dan penolong pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis, mereka didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menyedihkan.
Walaupun terdapat sebab-sebab di sebalik kejadian tersebut, tetapi perkataan sedemikian yang dikeluarkan oleh seseorang yang berkelayakan tinggi telah menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat Cina dan India, seolah-olah mereka diperlakukan seperti warga negara kelas kedua.Dalam usaha membangunkan negara pada masa kini supaya seiring dengan negara lain, maka perpaduan merupakan kunci utama yang kita sediakan sebelum membuka semua laluan.Kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menyatukan generasi muda melalui pendidikan dan bahasa kebangsaan.Dengan cara ini, dapat menerapkan disiplin dalam pembelajaran dan pengajaran seperti aktiviti kokurikulm dan kurikulum.Selain itu dengan adanya sekolah kebangsaan ini ia akan merapatkan lagi hubungan dan komunikasi antara kaum yang sebelum ini begitu terhad.
Dasar Integrasi Nasional juga telah dilancarkan - iaitu satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri yang berteraskan Perlembangan Persekutuan dan Rukun Negara.Dasar Integrasi Nasional ini juga mesra bangsa-bangsa minoriti yang lain. Sekolah-sekolah jenis kebangsaan diwujudkan dengan memberikan hak mutlak kepada bangsa minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajara. Melalui Dasar Ekonomi Baru pada masa kini, satu lagi usaha mewujudkan keadaan di mana, tiada perbezaan fahaman pembelajaran dan tiada pengasingan dan perbezaan antara miskin dan kaya di antara kaum. Bekerjasama dalam pergaulan khususnya agar kekayaan negara dibahagikan sama rata antara pelbagai kaum.Dan yang terkini, Program Khidmat Negara, Program Sekolah Bestari juga merupakan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap perpaduan dan hubungan mesra antara kaum yang telah dijalankan.
Cadangan Kepada Masyarakat Tempatan Untuk Memupuk Perpaduan
Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”.
Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.
Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.
Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah.
Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.
Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi.
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan E-Folio Nilai Masyarakat dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan bantuan ahli kumpulan saya.Ketika menyiapkan E-Folio ini banyak pengetahuan dan pengajaran nilai tentang konsep perpaduan telah saya dan ahli kumpulan saya pelajari.Selepas menyiapakan E-Folio ini saya berasa amat bangga kerana pelbagai kaum di Malaysia hidup bersatu padu dan aman.Selain itu ,saya juga telah pelajari tentang kepentingan perpaduan antara kaum dan cadangan untuk memupuk perpaduan.Di samping itu,saya juga dapat menghayati nilai kesabaran ,ketabahan,kejujuran ,memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara ahli kumpulan saya semasa menyiapkan tugasan tersebut.Nilai Kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan beganding bahu untuk mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan ini.
Comments
Post a Comment